Copyright © ET Certification.
All rights reserved.
Nama dan logo PETRONAS telah digunakan tanpa kebenaran dalam iklan pekerjaan yang berlegar di media sosial dan aplikasi pesanan pantas seperti Tiktok, WhatsApp, dan Telegram.
Terdapat juga e-mel tanpa kebenaran yang meminta bayaran terlebih dahulu untuk permohonan dokumen imigresen seperti visa atau permit kerja bagi penempatan ekspatriat dalam Kumpulan PETRONAS.
Kami menyeru semua orang agar berwaspada dan tidak bertindak balas terhadap iklan dan e- mel palsu seperti ini. Memandangkan penipuan pengambilan pekerjaan semakin berleluasa dalam talian, berikut ialah beberapa peringatan untuk membantu anda kekal berwaspada:
Sahkan punca - Pastikan bahawa maklumat tentang peluang kerjaya di PETRONAS berasal dari portal Kerjaya kami di /bm/careers, atau saluran sosial rasmi kami.
Jangan sekali-kali menghantar wang - PETRONAS dan agensi pekerjaan kami tidak meminta bayaran terlebih dahulu bagi sebarang kekosongan jawatan.
Semak gaya komunikasi - Jika iklan pekerjaan ditulis dengan teruk berserta kesilapan tatabahasa dan ejaan, serta deskripsi kerja yang kabur - berkemungkinan besar iklan itu merupakan penipuan.
Berhati-hati dengan pendapatan yang dijamin - PETRONAS tidak menawarkan apa-apa jawatan tanpa melalui proses temu duga yang rasmi.
Lindungi maklumat peribadi anda - Jangan dedahkan apa-apa butiran jika anda meragui ketulenan tawaran tersebut.
1. Semua e-mel berkaitan dengan pengambilan pekerja PETRONAS akan dihantar oleh pegawai kami hanya dengan menggunakan domain @petronas.com, semasa memberi maklum balas kepada permohonan anda.
2. Adakalanya, kami juga akan menyiarkan kekosongan jawatan di platform pihak ketiga yang telah disahkan (contohnya JobStreet).
3. PETRONAS juga secara berkala melibatkan perkhidmatan pencari bakat profesional atau firma pencarian eksekutif untuk membantu mencari calon-calon yang berpotensi bagi jawatan-jawatan tertentu.

Jika anda terlihat sebarang iklan palsu tentang pekerjaan di PETRONAS, atau menerima e-mel atau mesej yang mencurigakan yang memaparkan nama atau logo PETRONAS, sila berikan amaran kepada kami dengan menghantar e-mel berserta tangkapan skrin, pautan, dan maklumat lain yang relevan kepada [email protected]