Di PETRONAS, Terus Memacu Kemajuan bermakna ianya lebih daripada sekadar inovasi – ia melibatkan usaha untuk membangunkan komuniti, memperkasakan rakan kongsi, dan melindungi bumi kita. Kami komited untuk menerajui langkah menuju masa depan yang lebih cerah dan lebih mampan untuk semua.
Komitmen kami terhadap kemajuan berteraskan pada
penawaran unik berikut:
Tenaga dan Penyelesaian Progresif
Menggunakan kepakaran mendalam kami serta melabur dalam penyelidikan dan pembangunan yang dinamik untuk mencipta penyelesaian inovatif yang membawa kemajuan.
Memupuk Perkongsian
Mengembangkan kerjasama yang berjaya bersama pelanggan dan rakan kongsi untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan, ekonomi, dan negara.
Mempertingkatkan Kehidupan: Menginspirasi Bakat
Mengenal pasti, memupuk, dan meraikan potensi dalam setiap individu untuk membantu mereka mencapai tahap yang lebih tinggi.
Mempertingkatkan Kehidupan: Memupuk Komuniti
Mempercepatkan pembangunan mampan di mana sahaja kami berada dengan mengambil tindakan bertanggungjawab dan menyumbang dengan penuh keprihatinan.
Masa Depan Mampan
Mengukuhkan portfolio kami untuk merangkumi tenaga boleh diperbaharui demi kemampanan alam sekitar.
Terus Memacu Kemajuan
Perihal Kami
Sejak penubuhannya, PETRONAS telah berada di barisan hadapan dalam menyampaikan kemajuan kepada negara, komuniti, dan organisasi.
Terokai perjalanan PETRONAS dari permulaan yang sederhana sehingga ke puncak kemajuan.
Selama lebih empat dekad, kami telah menjuarai kerjasama sebagai asas kemajuan, melangkaui sempadan dalam inisiatif penajaan kami. Kami komited untuk memupuk bakat, memacu inovasi, dan membangunkan pertumbuhan perniagaan, berdiri seiring dengan rakan kongsi kami.
Dengan memanfaatkan semangat untuk inovasi di trek, kami sedang merevolusikan bahan api mampan untuk pemandu harian, menggunakan trek sebagai platform ujian kami. Mengubah kejayaan di trek menjadi realiti di jalan raya, PETRONAS Fluid Technology Solutions memberikan manfaat dunia sebenar.
Melalui komitmen kami terhadap pembangunan bakat, PETRONAS telah memperkasakan lebih 4,000 atlet, membolehkan mereka menyerlah di pentas antarabangsa. Merentasi bidang sukan, penajaan ini telah membuka lebih 2,000 peluang pekerjaan, mempertingkatkan komuniti, dan memupuk pertumbuhan untuk semua.