Copyright © ET Certification.
All rights reserved.

2
Melengkapkan Pendaftaran Dalam Talian Melalui PETRONAS Licensing Management System (PLMS)

2
Melalui PETRONAS Licensing Management System (PLMS)
3
daripada PAC jika dikenal pasti sebagai pembida dalam proses bidaan tender PAC
PETRONAS komited untuk memelihara Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE) di mana-mana sahaja kami beroperasi. Klik di sini untuk Panduan Latihan HSE bagi Kontraktor, panduan rujukan mengenai latihan HSE.
Pemohon dinasihati untuk memahami sepenuhnya Garis Panduan Am Pelesenan dan Pendaftaran PETRONAS serta memastikan pematuhan kepada keperluan am sebelum mengemukakan permohonan untuk lesen atau pendaftaran melalui platform dalam talian PETRONAS License Management System (PLMS).
Rujukan adalah seperti yang berikut:
Garis Panduan Am (Inggeris)
Soalan Lazim (FAQ)

Syarikat yang mempunyai lesen yang sah dibenarkan untuk membekalkan barangan/perkhidmatan kepada sektor huluan dan hiliran industri minyak dan gas di Malaysia.
Contoh pelanggan ialah: Petroleum Arrangement Contractors (PACs), anak syarikat PETRONAS, Kontraktor Fabrikasi Luar Pesisir, MISC dan lain-lain.
Syarikat yang berdaftar sah dibenarkan untuk membekalkan barangan/perkhidmatan kepada sektor hiliran industri minyak dan gas, memberikan perkhidmatan kepada anak syarikat PETRONAS sahaja.
Contoh pelanggan ialah: Anak syarikat PETRONAS seperti PETRONAS Chemicals Group, PETRONAS Gas Berhad, PETRONAS Dagangan Berhad dan lain-lain.
Terdapat tiga cara bagi syarikat asing untuk memperoleh lesen dengan PETRONAS:
Dalam melantik ejen tempatan, syarikat asing digalakkan memilih ejen tempatan daripada vendor berlesen / berdaftar PETRONAS yang sedia ada untuk memastikan keperluan Lesen dan Pendaftaran PETRONAS dipenuhi sepenuhnya. Dalam melantik rakan kongsi JV tempatan atau membuka cawangan tempatan, syarikat asing hendaklah mematuhi keperluan yang dinyatakan dalam Panduan Am dan mengemukakan permohonan untuk Lesen dan Pendaftaran melalui PLMS.
Terbahagi kepada kategori Produk dan Perkhidmatan yang meluas, SWEC merujuk senarai kategori kerja dalam huluan dan hiliran.
Muat turun:
Senarai SWEC
Pemetaan SWEC
Terdapat SWEC tertentu yang mempunyai keperluan teknikal minimum yang perlu dipatuhi oleh syarikat sebelum mengemukakan permohonan untuk lesen/pendaftaran.
Muat turun: Keperluan Teknikal Minimum SWEC
Untuk maklumat tentang proses perolehan PETRONAS, sila rujuk Platform Perolehan kami.
PLMS ialah platform dalam talian untuk permohonan lesen/pendaftaran baharu oleh vendor yang layak.
PLMS direka bentuk untuk menjadi lebih efektif dan memberikan panduan intuitif yang melengkapi Platform Perolehan Bersatu yang baharu, untuk memberikan pengalaman perolehan yang lancar dari awal hingga akhir yang meningkatkan kecekapan dan ketelusan perniagaan. Ikuti langkah mudah ini untuk memulakan proses perolehan.
Aktiviti Lesen & Pendaftaran yang boleh dilakukan melalui PLMS adalah:
PETRONAS Licensing Management System (PLMS) - untuk permohonan lesen/pendaftaran baharu.
0Pendaftaran ID pengguna baharuMuat turun:
Panduan Pengguna Pembekal PLMS
Soalan Lazim PLMS
Video Taklimat Sistem PLMS
Untuk pertanyaan lanjut, sila klik di sini.

Sejajar dengan visi PETRONAS untuk menuju era digital, kami sedang melaksanakan Platform Perolehan Bersatu yang baharu untuk memberikan pengalaman perniagaan yang lancar kepada vendor PETRONAS.
Platform Perolehan Bersatu juga membolehkan Pasaran Perniagaan-kepada-Perniagaan (B2B) untuk produk tertentu.
Platform perolehan hujung ke hujung sumber kepada bayaran berasaskan awan.
Hanya terpakai untuk Anak-Anak Syarikat PETRONAS yang disenaraikan di sini.
Platform B2B merupakan pasaran niaga elektronik yang disepadukan dengan Platform Perolehan Bersatu yang baharu.
Pasaran ini akan membolehkan pengguna PETRONAS membeli produk bukan stok dan bukan kontrak daripada vendor berlesen/berdaftar PETRONAS.
Portal Supplier Self Service PETRONAS (SUS) ialah platform perolehan kepada-bayaran (procure-to-pay), yang terpakai untuk Anak-Anak Syarikat PETRONAS yang tidak dilengkapi Platform Perolehan Bersatu.
Platform Perolehan Bersatu, GEP SMART™ akan menyediakan pengalaman perniagaan yang cekap kepada vendor PETRONAS melalui ciri-ciri seperti sistem berpusat untuk penyerahan bidaan, saluran khas untuk penjelasan tender, repositori pengurusan kontrak dan lain-lain.

Untuk maklumat lanjut atau arahan terperinci mengenai pembukaan akaun dan panduan sistem, anda boleh merujuk pautan di bawah:
Platform Perolehan Bersatu (GEP SMART™) Log Masuk Pembekal
[Baharu] Platform Perolehan Bersatu (GEP SMART™) Panduan Pengguna untuk Pembekal
[Baharu] Platform Perolehan Bersatu (GEP SMART™) Rakaman Video Panduan Langkah demi Langkah
[Baharu] Platform Perolehan Bersatu (GEP SMART™) Pertanyaan Soalan Lazim
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi [email protected] atau hubungi kami di 1-800-88-0011.
Sebelum menjalankan sebarang aktiviti perolehan dengan PETRONAS, anda perlu menjadi vendor PETRONAS yang berlesen atau berdaftar (permohonan melalui PLMS).
Vendor PETRONAS dinasihati menguruskan kedua-dua akaun di Portal Supplier Self Service (SUS) dan Platform Perolehan Bersatu yang baharu untuk mengelakkan kehilangan apa-apa peluang perniagaan dengan PETRONAS.
Sila ambil maklum bahawa anda mungkin menerima pengumuman tender daripada Portal Supplier Self Service PETRONAS (SUS) atau Platform Perolehan Bersatu bergantung pada pemilik tender.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi [email protected] atau hubungi kami di 1-800-88-0011.
Pasaran B2B (Perniagaan-kepada-Perniagaan) merupakan pasaran e-dagang yang disepadukan dengan Platform Perolehan Bersatu yang baharu.
Terkini, Pasaran B2B membolehkan Pengguna PETRONAS membeli produk yang tidak berada di stok dan tidak termasuk dalam kontrak daripada vendor yang berlesen/berdaftar dengan PETRONAS.

Sila rujuk langkah-langkah dan keperluan am yang berikut untuk membolehkan anda disenaraikan sebagai vendor dalam Pasaran B2B:
Memohon Lesen PETRONAS/Mendaftar melalui PLMS untuk kategori bukan stok terpilih.
Buat satu akaun untuk didaftarkan di platform Pasaran B2B. Pendaftaran adalah percuma!
Muat naik produk-produk anda ke dalam katalog pasaran.
Mula menerima pesanan pembelian daripada pembeli.
Bayaran akan dipindahkan kepada anda sebaik sahaja barangan berjaya dihantar.
Pasaran B2B hanya layak untuk vendor yang berlesen/berdaftar dengan PETRONAS dalam kategori bukan stok.
Untuk maklumat lanjut atau arahan terperinci mengenai panduan sistem, anda boleh merujuk pautan di bawah:
Soalan Lazim (FAQ) Platform Pasaran B2B
Panduan Pengguna Pasaran B2B
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi [email protected] atau hubungi kami di 1-800-88-0011.
Portal Supplier Self Service PETRONAS (SUS) ialah platform perolehan-kepada-bayaran (procure-to-pay), yang terpakai untuk Anak-Anak Syarikat PETRONAS yang tidak dilengkapi Platform Perolehan Bersatu.
0Log masuk ke portal Supplier Self Service PETRONAS (SUS)Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pautan di bawah:
Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Sistem SUSUntuk pertanyaan lanjut, sila hubungi [email protected] atau hubungi kami di 1-800-88-0011.
Sebelum menjalankan apa-apa aktiviti perolehan dengan PETRONAS, anda perlu menjadi vendor PETRONAS yang berlesen atau berdaftar (permohonan melalui PLMS).
Vendor PETRONAS dinasihati untuk menguruskan kedua-dua akaun di Portal Supplier Self Service PETRONAS (SUS) dan Platform Perolehan Bersatu yang baharu untuk mengelakkan kehilangan apa-apa peluang perniagaan dengan PETRONAS.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi [email protected] atau hubungi kami di 1-800-88-0011.
Sila ambil maklum bahawa Khidmat Kaunter kami di Aras 9, Menara 1, Menara Berkembar PETRONAS dan Kiosk Mandiri Wilayah akan dihentikan sehingga notis lanjut disebabkan oleh COVID-19.
Untuk isu berkaitan dengan sistem pelesenan PETRONAS atau pertanyaan mengenai perkara- perkara pendaftaran dan lesen secara am, sila klik di sini.
Nota: Semua pertanyaan akan diuruskan melalui saluran yang dinyatakan di atas, termasuklah pejabat-pejabat wilayah.
Untuk isu berkaitan dengan sistem Platform Perolehan PETRONAS (Portal SUS, Platform Perolehan Bersatu atau Pasaran B2B), sila hubungi:
Pusat Hubungan PETRONAS
Tel: 1-800-88-0011
E-mel: [email protected]
Isnin - Jumaat: 8.00 pagi - 5.00 petang